Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki dipercayai pukul kanak-kanak di Taiping diambil keterangan


Tarikh kemaskini: 19/02/2019




TAIPING, 19 Feb (Bernama) -- Polis hari ini mengambil keterangan seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang kanak-kanak di kawasan Rumah Kanak-Kanak, Jalan Stesen Hulu di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata ini berikutan seorang pengadu telah membuat laporan polis pada 8.30 malam tadi setelah melihat video kejadian itu di laman Facebook milik Megeswaran Thendayuthapany.

Beliau berkata pengadu tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek yang tidak sepatutnya berlaku dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki memukul bahagian tengkuk seorang budak lelaki yang dipercayai menginap di rumah kanak-kanak itu dengan menggunakan tangan beberapa kali kerana kanak-kanak itu dipercayai melekatkan gula-gula getah di keretanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     

Suspek utama kes bakar kereta mufti diberkas, seorang lagi diburu

 
     

UMNO dan PAS bentuk kerjasama rasmi selepas Aidilfitri

 
     

Raja Zarith Sofiah zahirkan penghormatan terhadap Almarhum Sultan Ahmad Shah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel