Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas ketua Bersatu bahagian di Perak perlu bermuhasabah


Tarikh kemaskini: 19/02/2019




IPOH, 19 Feb (Bernama) -- Semua bekas ketua Bersatu bahagian di Perak yang terlibat dengan  pembubaran 13 jawatankuasa bahagian dinasihati agar berlapang dada menerima keputusan itu dengan meletakkan kepentingan parti serta anggota di bahagian mengatasi kepentingan diri sendiri.

Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, "pembubaran jawatankuasa di beberapa bahagian termasuk di bahagian-bahagian yang dianggotai individu berkenaan antara faktor utamanya berpunca daripada kelemahan kepimpinan peringkat bahagian itu sendiri sebelum ini".

Beliau berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab mereka yang terlibat dengan pembubaran mesti bermuhasabah dan akur kepada keputusan itu yang bukan dibuat sewenangnya melainkan setelah dikaji dan dibincang secara terperinci oleh kepimpinan tertinggi parti.

Ahad lepas, lapan Ketua Bersatu di negeri ini enggan menerima notis pembuburan jawatankuasa bahagian masing-masing. Bahagian terlibat ialah Beruas, Bagan Serai, Lenggong, Gerik, Teluk Intan, Tapah, Batu Gajah dan Larut.

Pada 12 Feb, Ahmad Faizal, yang juga Menteri Besar, menyatakan bahawa pembubaran itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti 29 Jan lepas sebagai antara usaha dari segi pentadbiran untuk memperkemaskan jentera parti.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     

Suspek utama kes bakar kereta mufti diberkas, seorang lagi diburu

 
     

UMNO dan PAS bentuk kerjasama rasmi selepas Aidilfitri

 
     

Raja Zarith Sofiah zahirkan penghormatan terhadap Almarhum Sultan Ahmad Shah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel