Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak dua tahun antara ditahan Imigresen di Pokok Sena


Tarikh kemaskini: 19/02/2019





ALOR SETAR, 19 Feb (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 11 warga asing termasuk seorang kanak-kanak dalam 'Op Bersepadu' yang dijalankan di beberapa premis perniagaan, kediaman serta ladang cili di sekitar daerah Pokok Sena, semalam.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata, mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) kerana tidak memilki dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar atau tidak mematuhi syarat pas atau permit kerja.

“Mereka yang ditahan adalah seorang lelaki Pakistan, dua lelaki Indonesia, empat lelaki Myanmar, dua lelaki dan seorang wanita warga Kemboja serta seorang kanak-kanak perempuan Kemboja berusia dua tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zuhair berkata kesemua yang ditahan berusia antara dua tahun hingga 40 tahun kini ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Beliau berkata, 85 warga asing telah diperiksa dalam operasi itu yang bermula 8.30 pagi hingga 7.30 malam. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel