Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak hilang di tebing sungai di Beluran ditemukan mati


Tarikh kemaskini: 19/02/2019





BELURAN, 19 Feb (Bernama) -- Kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun yang dilaporkan hilang di tebing Sungai Kampung Muanad 3 di sini petang semalam ditemukan mati pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, mayat Amanual Darius ditemukan oleh penduduk kampung pukul 7.47 pagi di sungai berkenaan dipercayai terjatuh 10 meter dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti riadah bersama rakannya di tebing sungai itu kira-kira 4.30 petang semalam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel