Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hajiji sambut baik keputusan Warisan terima BERSATU ke Sabah


Tarikh kemaskini: 19/02/2019




KOTA KINABALU, 19 Feb (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik keputusan dan pendirian Parti Warisan Sabah (Warisan) menerima kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Sabah.

Beliau berkata penerimaan itu menunjukkan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah seorang pemimpin yang matang, berpengalaman dan ingin melihat rakyat Sabah bersatu padu tanpa mengira suku kaum.

"Hubungan baik dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat penting demi kepentingan, kebaikan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Selain itu, bagi membolehkan kelangsungan pembangunan yang berkesan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hajiji turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shafie kerana menerima baik Bersatu mengembangkan sayap ke Sabah. 

"Ini menunjukkan beliau (Mohd Shafie) adalah pemimpin yang berjiwa besar. Saya bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain akan sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri terutama dasar-dasar yang baik untuk kebaikan dan masa hadapan rakyat dan negeri Sabah", kata Hajiji.

Semalam, Ketua Menteri itu berkata parti Warisan di bawah pimpinannya tidak menghalang Bersatu atau mana-mana parti untuk melebarkan sayapnya ke Sabah.

Bagaimanapun Mohd Shafie berkata parti Warisan Sabah akan tetap berpegang teguh kepada pendirian dan halatuju parti.

Baru-baru ini, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa parti itu akan melebarkan sayap ke Sabah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     

Suspek utama kes bakar kereta mufti diberkas, seorang lagi diburu

 
     

UMNO dan PAS bentuk kerjasama rasmi selepas Aidilfitri

 
     

Raja Zarith Sofiah zahirkan penghormatan terhadap Almarhum Sultan Ahmad Shah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel