Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemboja: Ada perkara yang tidak boleh didedahkan - Fatimah


Tarikh kemaskini: 18/02/2019





KUCHING, 18 Feb (Bernama) -- Berhubung dakwaan kemungkinan kes penipuan 47 warga Malaysia yang ditangkap dan ditahan di Kemboja didalangi rakyat tempatan, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ada perkara yang pihaknya tahu, tetapi tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Biarkan pihak berkuasa yang menguruskan isu terbabit. Setiap 47 mangsa berkenaan mempunyai kisah mereka yang tersendiri,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui selepas melawat Muzium Ranee, di sini hari ini.

Semalam, Fatimah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan menaiki pesawat sewa khas JC International Airlines, dari Siem Reap, Kemboja, bersama 40 lagi bekas tahanan dari Sarawak menegaskan misi mereka ialah untuk membawa mangsa pulang dan tugasnya sudah selesai dan kini terpulang kepada agensi lain untuk meneruskan apa yang perlu dilakukan.

Fatimah bersama Anggota Parlimen Santubong yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar adalah wakil delegasi kerajaan Sarawak yang dihantar ke Kemboja bagi membuat rundingan pembebasan kesemua tahanan itu.

47 rakyat Malaysia terbabit ditangkap pada 11 Dis lalu kerana disyaki terbabit dalam pengendalian judi haram di negara berkenaan dan ditahan di penjara Poi Pet, Kemboja sebelum dibebaskan semalam.

Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Sementara itu, Fatimah juga menasihati kepada semua mangsa dari Sarawak yang terlibat itu untuk mendapatkan latihan kemahiran di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan di sini.

“Latihan kemahiran di sini (Centexs) tidak melihat dari segi kelayakan apa yang seseorang itu miliki. Apa yang penting ialah mereka hanya perlu pandai membaca dan menulis.

“Seterusnya mereka hanya perlu memohon kursus yang bersesuaian dengan minat mereka. Selepas menjalani latihan, sudah pasti mereka mampu untuk mencari kerja dengan kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     

Suspek utama kes bakar kereta mufti diberkas, seorang lagi diburu

 
     

UMNO dan PAS bentuk kerjasama rasmi selepas Aidilfitri

 
     

Raja Zarith Sofiah zahirkan penghormatan terhadap Almarhum Sultan Ahmad Shah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel