Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sarawak rancang tambah baik kesalinghubungan di seluruh negeri


Tarikh kemaskini: 18/02/2019





SRI AMAN, 18 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak merancang untuk menambah baik kesalinghubungan  di seluruh negeri termasuk membina jambatan menghubungkan Sri Aman dan Betong selain membina jalan dari Betong ke Linga.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata usaha terbabit akan dilaksanakan dengan dana kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempertahankan langkah mengenakan cukai jualan petroleum dan gas sebanyak lima peratus dengan Sarawak dijangka mengutip RM3.8 bilion setahun.

“Kita perlu mencari duit sendiri untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini kerana kita tidak boleh menunggu (peruntukan) kerajaan persekutuan,” katanya pada  sambutan Tahun Baharu Cina anjuran 10 persatuan Cina cawangan Sri Aman, di sini hari ini.   

Katanya faktor kerajaan negeri keluar daripada Barisan Nasional dan membentuk Gabungan Parti Sarawak ialah bagi membolehkan kerajaan Sarawak berdikari dari segi pembangunan negeri. 

Menyentuh perkara lain, Abang Johari berkata Sarawak akan melindungi autonomi imigresennya bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian di negeri itu.

Autonomi ini membolehkan Sarawak menyekat kemasukan pihak yang berhasrat menimbulkan masalah di negeri ini, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel