Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TYT Sabah terima kunjungan hormat Gabenor Kalimantan Utara


Tarikh kemaskini: 18/02/2019





KOTA KINABALU, 18 Feb (Bernama) -- Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Kalimantan Utara Dr H. Irianto Lambrie di Istana Negeri, di sini.

Delegasi Irianto bersama Konsul Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani tiba di istana pada 11 pagi dan pertemuan berlangsung selama kira-kira 45 minit.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Irianto berkata kunjungan hormat berkenaan bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara provinsi Kalimantan Utara dan negeri Sabah selain membincangkan kerjasama dalam aspek sosial dan ekonomi yang boleh dilaksanakan kedua-dua pihak.

"Kita berbincang bagaimana hubungan kedua-dua wilayah ini boleh semakin memperkuat dan saling menguntungkan serta kerjasama yang boleh dilakukan," katanya.

Irianto bersama delegasinya turut menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Juhar sebagai TYT Sabah bagi penggal ketiga.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel