Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPS dapat tangani jenayah babitkan pelajar


Tarikh kemaskini: 18/02/2019





PARIT BUNTAR, 18 Feb (Bernama) -- Kewujudan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dapat membantu mengurangkan kes salah laku termasuk ponteng sekolah dan gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar di negeri ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Perak Mohd Rosli Ahmad berkata kehadiran anggota polis ke sekolah bagi menerangkan undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar mampu mengelak mereka terjebak dengan jenayah di luar.

“Jika berlaku sesuatu di sekolah, kita akan panggil polis untuk datang memberikan nasihat," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Program Jom Ke Sekolah dan pelancaran papan Kenyataan PPS peringkat negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang dekat sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata program tersebut dapat mewujudkan hubungan mesra antara pihak sekolah dengan PPS seterusnya membantu mencegah masalah displin pelajar.

Terdahulu, Abdul Yunus dalam ucapannya berkata ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka dapat hadir ke sekolah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan kerana mereka merupakan pewaris negara pada masa depan.

“Ilmu penting untuk menjadi insan yang berjaya dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.

“Sekolah merupakan tempat mengasah bakat kepimpinan dan jauhilah daripada terjebak dengan gejala tidak bermoral, ponteng sekolah dan penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan masa depan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     

Suspek utama kes bakar kereta mufti diberkas, seorang lagi diburu

 
     

UMNO dan PAS bentuk kerjasama rasmi selepas Aidilfitri

 
     

Raja Zarith Sofiah zahirkan penghormatan terhadap Almarhum Sultan Ahmad Shah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel