Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beri komitmen agar lebih ramai pelancong China singgah ke Tawau


Tarikh kemaskini: 18/02/2019





TAWAU, 18 Feb (Bernama) -- Pendekatan sesuai akan diambil untuk memastikan lebih ramai pelancong dari China singgah ke daerah ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Christina Liew.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Tawau, berkata, perkara itu menjadi keutamaannya dalam usaha menjana lagi ekonomi di daerah ini untuk manfaat penduduknya.

"Sudah tentu saya akan bekerja keras bagi memastikan lebih ramai pelancong khususnya dari China yang datang ke kawasan pantai timur singgah satu atau dua malam di Tawau,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Tawau di sini, malam tadi.

Justeru, beliau berkata agensi dan pengusaha pelancongan di negeri ini digesa memainkan peranan dan berganding bahu bagi merealisasikan hasrat itu.

Daerah ini juga mempunyai tarikan pelancongan, hasil kraftangan dan kebudayaan termasuk menawarkan pilihan makanan laut. 

Mengenai majlis itu, Liew berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan di seluruh negara menjadi antara acara yang boleh menyatupadukan masyarakan berbilang kaum dan kepercayaan.

“Kita di Malaysia khusus di Sabah mempunyai banyak perayaan mengikut kepercayaan masing-masing dan disambut bersama menunjukkan kita hidup dalam keadaan harmoni,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel