Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dakwaan salah laku kehakiman: kerajaan terbuka kepada semua bentuk tindakan


Tarikh kemaskini: 16/02/2019





SANDAKAN, 16 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan meletakkan semua pilihan secara terbuka, termasuk satu cadangan untuk menubuhkan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung gesaan tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan berhubung dakwaan bahawa seorang hakim Mahkamah Rayuan mengenai salah  laku dalam kehakiman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan memandang dakwaan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer sebagai “amat, amat serius” kerana ia menjejaskan institusi kehakiman.

“Saya memahami bahawa pihak kehakiman membuat laporan polis terhadap dakwaan itu menerusi hakim berkenaan (Hamid Sultan) dan saya percaya siasatan akan dijalankan tidak lama lagi. Jadi, kita akan tunggukannya (hasil siasatan) nanti.

“Kita tidak akan meninggalkan mana-mana pihak (dalam siasatan). Tidak akan ada penyembunyian  (penemuan salah laku),” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi di sini hari ini.

Pada Rabu (14 Feb), Hamid Sultan mengemukakan afidavit setebal 63 halaman yang mendedahkan  butiran maklumat berhubung campur tangan kehakiman dalam Kehakiman Malaysia termasuk dakwaan campur tangan kehakiman terhadap bekas anggota Parlimen Bukit Gelugor ,yang juga pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh atas keputusan rayuan kes hasutan di Mahkamah Rayuan.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji sebarang  cadangan untuk menubuhkan RCI terhadap tuntutan salah laku kehakiman.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

Garis panduan permohonan, pembaharuan lesen kilang kimia akan diteliti semula

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel