Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang maut seorang lagi cedera ditembak di Sungai Golok


Tarikh kemaskini: 13/02/2019




 

KOTA BHARU, 13 Feb (Bernama) -- Seorang rakyat Malaysia maut manakala rakannya cedera parah ditembak dua lelaki bermotosikal di pekan Sungai Golok dekat Selatan Thai, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata Sulaimi Mat Ali, 54, yang berasal dari Kampung Jalan Atas Paloh di sini, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Golok manakala rakannya, Muhammad Shahrul Aiman Mohd Abdul Aziz, 18, dari Jalan Masjid, Kota Bharu, cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Kedua-dua mangsa dikenali melalui Pas Sempadan yang mereka pakai, katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kereta di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U, daerah Sungai Golok, Selatan Thailand, jam 8.30 malam tadi.

Hasanuddin berkata motif kedua-dua mangsa berada di pekan Sungai Golok itu juga belum diketahui dan pihaknya menyerahkan kepada polis negara jiran untuk melakukan siasatan kerana kejadian berlaku di sana.

Katanya daripada maklumat tidak rasmi yang diterima, jenazah Allahyarham Sulaimi akan dibawa pulang ke negara ini oleh keluarganya untuk dikebumikan di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lihat mesej Himpunan Solidariti, bukan jumlah peserta - Mujahid

 
     

Kerabat Diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian

 
     

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel