Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua warga Vietnam dalang pemalsuan dokumen, seludup PATI Vietnam di Johor, Pahang


Tarikh kemaskini: 12/02/2019





MERSING, 12 Feb (Bernama) -- Dua warganegara Vietnam seorang daripadanya wanita yang merupakan pemastautin negara ini, dipercayai mendalangi sindiket pemalsuan dokumen dan penyeludupan  pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Vietnam terbesar membabitkan Pahang dan Johor.

Timbalan Pengarah Maritim Negeri Pahang (Operasi) Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata pihaknya  telah menahan wanita berusia 30an itu di sebuah rumah di Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang pada 3 Feb.  

Menurutnya, wanita berkenaan disyaki berperanan sebagai tekong darat dengan menjalankan aktiviti pemalsuan dokumen perjalanan warganegara Vietnam ke negara asal. 

"Hasil serbuan itu kami juga menjumpai 36 buah pasport milik warganegara Vietnam, 54 buah buku pelaut Vietnam, kelengkapan pemalsuan cop kelulusan buku pelaut Vietnam dan dokumen-dokumen  yang mencurigakan," katanya kepada pemberita di pejabat Zon Maritim Mersing, di sini hari ini.

Bagaimanapun, seorang lelaki????? warganegara Vietnam yang dikenalpasti sebagai Nguyen Hai Au, 43, dipercayai menghilangkan diri selepas mengetahui penahanan tersebut.

Pada 30 Jan, pihaknya menahan 19 lelaki warganegara Vietnam, berumur antara 19 hingga 50 tahun berserta beberapa beg besar berisi pakaian, makanan dan dokumen-dokumen yang mencurigakan, katanya.

Kesemua mereka ditahan dalam sebuah bot nelayan di 1.8 batu nautika dari Tanjung Kempit, Endau, dekat sini, yang dipercayai cuba menyeludup keluar kesemua mereka.

“Hasil soal siasat mendapati sebilangan PATI tersebut datang dari daerah lain di Johor. Kesemua PATI tersebut telah menjadikan perairan Endau sebagai laluan utama untuk mereka memasuki dan keluar dari negara ini,” kata beliau.

Bagi suspek wanita itu, dia ditahan di bawah Akta Pasport 1966 manakala 19 PATI yang ditahan itu disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959 dan Akta Perikanan 1985.

Beliau seterusnya meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenal suspek agar menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Mersing di talian 07- 7982529 (Pusat Operasi) atau tampil sendiri ke pejabat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel