Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja am rugi RM4,700 akibat iklan palsu Facebook


Tarikh kemaskini: 11/02/2019





MIRI, 11 Feb (Bernama) -- Seorang pekerja am mengalami kerugian RM4,700 gara-gara iklan palsu di laman sosial Facebook berhubung penjualan motosikal yang menawarkan pembayaran secara ansuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata ia bermula apabila lelaki berumur 20 tahun itu menghubungi seorang yang menggelarkan diri sebagai “Eastzsmilar jay Junior” di Facebook, yang membuat tawaran untuk menjual motosikal Kawasaki Ninja 250cc berwarna hitam pada tahun 2017.

Beliau berkata pekerja am itu berjumpa dengan lelaki berkenaan pada bulan Julai 2017 di kawasan pasaraya Servey, Taman Tunku Miri sebelum menyerahkan wang tunai RM1,000 sebagai wang pendahuluan, dan pada hari yang sama suspek menunjukkan motosikal yang hendak dijual itu di kawasan perumahan Padang Kerbau Bridge no.1 Jalan By-pass.

Menurutnya pekerja am itu kemudian membuat bayaran RM3,700 dalam sembilan transaksi ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Ismail Jaini dengan transaksi terakhir pada 10 Nov lepas, dan suspek berjanji akan menyerahkan motosikal pada tarikh berkenaan.

“Suspek (bagaimanapun) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi manakala motosikal itu tiada lagi di kawasan perumahan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa seterusnya megesyorkan orang awam melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my) JSJK (ccid.rmp.gov.my) dan Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan penipuan kewangan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel