Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemasukan Bersatu ke Sabah hanya akan pecah belah sokongan - Kimanis


Tarikh kemaskini: 11/02/2019





KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke negeri Sabah hanya akan memecahbelahkan sokongan rakyat negeri terhadap kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika iini, kata Ketua Wira Warisan Kimanis Abdul Kadir Jalani.

Beliau berkata kemenangan Warisan pada pilihanraya umum ke-14 lepas menjadi bukti rakyat dahagakan pemimpin yang akan mengangkat bumiputera Sabah dan menyuarakan hak negeri kepada kerajaan persekutuan, sekali gus membantu memajukan negeri.

“Oleh itu tindakan Angota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor yang mahu PPBM melebarkan sayap ke Sabah adalah bersifat pentingkan diri dan hipokrit seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang rakyat menolak Umno ke negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Hajiji yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menegaskan Bersatu akan melebarkan sayap ke Sabah tidak lama lagi.

Abdul Kadir berkata sepatutnya bekas pemimpin terdahulu khususnya dari Umno perlu memikirkan halatuju baharu dalam menakluk dan memenangi hati rakyat di Sabah, dan bukan membawa masuk Bersatu yang sememangnya telah memeterai perjanjian dengan Warisan untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah atas dasar dan matlamat yang sama.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel