Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis KK keluarkan 33 saman atas pelbagai kesalahan trafik


Tarikh kemaskini: 11/02/2019





KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Polis Kota Kinabalu mengeluarkan 33 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan di dua lokasi di bandar raya itu pada Sabtu dan awal pagi Ahad.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata sebanyak 125 kenderaan diperiksa dalam operasi selama lima jam bermula 1 pagi itu yang membabitkan 142 pengguna jalan raya. 

“Polis turut menjalankan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SDII terhadap 22 pemandu dan mendapati tujuh daripada mereka positif alkohol.

“Pemeriksaan lanjut menerusi ujian pernafasan kedua menggunakan alat EBA II mendapati empat daripada pemandu terbabit positif melebihi paras alkohol dibenarkan dalam darah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Habibi berkata pemandu yang berkenaan boleh disiasat menurut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Penguatkuasaan seumpama itu akan terus dijalankan bagi memastikan pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas sekali gus mencegah pengguna jalan raya memandu bawah pengaruh alkohol, katanya.

-- BERNAMA

]

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel