Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sandakan rekod 129 kes denggi sejak awal tahun


Tarikh kemaskini: 09/02/2019





SANDAKAN, 9 Feb (Bernama) -- Sandakan merekodkan 129 kes denggi sejak awal tahun ini sehingga 2 Feb lepas.

Menurut Pegawai Kesihatan Sandakan Dr Johari Awang Besar, 14 lokaliti wabak denggi turut dikesan dalam tempoh itu, yang mana Taman Mesra merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 39 kes.

“Selain Taman Mesra, lokaliti wabak lain ialah Taman Merpati Baru, Kampung Forest di Jambatan ABC, Kampung Forest di Jambatan DEF, Kampung Bahagia, Taman Fajar Fasa 2 dan Taman Fajar Fasa 4.

“Wabak denggi juga dikesan di Kampung Tinusa 2 Darat, Old Slipway di pusat bandar Sandakan, Kampung Berhala Darat, Astana Heights, Taman Sri Labuk, Bandar Ramai-Ramai dan Perumahan Murah Sim-Sim,” katanya kepada pemberita selepas gotong-royong membersihkan Taman Mesra di sini hari ini.

Turut terlibat dalam gotong-royong itu ialah Pejabat Kesihatan Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan, anggota tentera dan penduduk taman.

Dr Johari merayu kepada masyarakat supaya meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan rumah, khususnya kawasan takungan air yang menjadi pembiakan nyamuk aedes.

Beliau turut memohon kerjasama masyarakat untuk membenarkan pasukan daripada Pejabat Kesihatan Sandakan untuk membuat semburan kabus (fogging) bagi membunuh nyamuk aedes.

“Kerjasama penduduk masih belum memuaskan kerana ada yang enggan memberi kerjasama untuk pihak Pejabat Kesihatan masuk rumah membuat pemeriksaan bagi mencari tempat pembiakan jentik-jentik, seterusnya menghapuskannya,” katanya.

Dr Johari juga menggesa masyarakat untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital jika mengalami demam, sakit otot atau sendi, sakit belakang mata dan kepala kerana dikhuatiri demam denggi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel