Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ibu Abdul Bari harap beliau dijumpai segera


Tarikh kemaskini: 09/02/2019





KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Bernama) -- "Saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga Bari dijumpai dengan segera."

Harapan itu diluahkan Masitah Awang, 60, ibu kepada Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, berdekatan Pulau Warisan, dekat sini, malam semalam.

Abdul Bari dipercayai hilang selepas cuba menyelamatkan empat sekeluarga yang nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka  tergelongsor sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut.

Difahamkan ketika kejadian pukul 9.30 malam itu mangsa sedang memancing di kawasan berdekatan bersama beberapa orang rakan yang lain.

Kejadian itu turut dibantu empat orang awam yang lain bagaimanapun mereka semua selamat naik ke darat.

Masitah ketika ditanya pemberita sama ada anak ketiga daripada lapan beradik itu bersikap ganjil sebelum kejadian, beliau berkata tiada kejadian pelik melainkan anaknya itu ada meminta kebenaran daripadanya untuk keluar memancing bersama rakannya kira-kira pukul 3 petang semalam.

"Dia  jenis yang suka bergurau dengan adik-beradik...anak yang baik...nak kata bangga dengan tindakan dia semalam tu tidaklah tapi dia yakin boleh bantu orang," katanya sebak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel