Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin patah cubaan seludup 155 tan sisa kacang soya


Tarikh kemaskini: 07/02/2019




BUTTERWORTH, 7 Feb (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 mematahkan satu cubaan menyeludup masuk 155 tan sisa kacang soya dari Argentina yang dianggar bernilai RM50,000 menggunakan sebuah tongkang di Jeti Sungai Perai, semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah 1 Supt Dimin Awang berkata sisa kekacang yang dipercayai untuk dijadikan makanan haiwan peliharaan itu dibawa masuk tanpa dokumen atau permit import daripada Jabatan Pertanian.

“Siasatan setakat ini juga mendapati lesen tongkang terbabit sudah tamat tempoh dan keseluruhan barangan yang dirampas termasuk tongkang bernilai RM250,000,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya PPM kini giat menjejaki ejen perkapalan yang dipercayai terlibat menjalankan kegiatan penyeludupan sisa kacang berkenaan.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi setakat ini, sisa kacang soya ini dipercayai telah dipindahkan ke atas tongkang terlibat sewaktu berada di perairan antarabangsa sebelum ditunda ke Jeti Sungai Perai menggunakan sebuah bot,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat menurut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan Seksyen 472(2) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel