Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua maut, tiga parah dalam kemalangan babit lima motosikal


Tarikh kemaskini: 07/02/2019





PARIT, 7 Feb (Bernama) -- Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera termasuk tiga parah  dalam kemalangan melibatkan lima buah motosikal di Km40 Jalan Lumut-Ipoh di Seri Iskandar, awal hari ini.

 Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata  kejadian berlaku kira-kira 1.10 pagi ??melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Dinamik dan masing-masing dua Yamaha 125Z  serta Yamaha LC

“Penunggang motosikal jenis Modenas Dinamik, Muhamad Saufi Abd Latid, 22, yang juga anggota tentera di Kem Sungai Udang, Melaka, mengalami cedera parah di kepala manakala adiknya yang membonceng, Aidil Hakimie, 19, maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut maut ialah penunggang Yamaha 125Z, Syed Muhammad Badrul Amin Syed Mohd Nasir, 23, beralamat di Felcra Nasaruddin Belia, Bota yang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang.

“Penunggang sebuah lagi Yamaha 125Z, Muhammad Aiman Rusli, 20, beralamat di Titi Gantung, patah tangan kanan manakala penunggang Yamaha LC, Abu Kassim Mohd Saad, 25, dari Layang-Layang Kiri, patah kaki kanan,” katanya.

Menurut Mohamad Zainal, seorang lagi penunggang Yamaha LC, Mohamad Idham Mohd Mokhtar, 21, beralamat di Teluk Bakong hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua motosikal berkenaan datang dari arah sama iaitu dari Durian Kudung menghala ke Bota.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal bergesel dengan motosikal lain sehingga terjatuh di atas jalan dan menyebabkan tiga lagi motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal yang terjatuh itu. 

"Akibat daripada itu, kesemua motosikal berkenaan terseret di atas jalan di pelbagai arah yang menyebabkan seorang pembonceng maut di tempat kejadian dan seorang penunggang disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata dua mangsa yang maut dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Hutan Melintang dan kes disiasat mengikut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel