Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita kritikal selepas bakar diri


Tarikh kemaskini: 07/02/2019




GEORGE TOWN, 7 Feb (Bernama) --  Seorang wanita berada dalam keadaan kritikal dengan 40 peratus badannya melecur setelah membakar diri sendiri selain menoreh badan dengan pisau dalam kejadian di sebuah kuarters kerajaan di Jalan Ayer Itam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata wanita berusia 30 tahun itu yang disahkan mengalami masalah mental, kini dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang.

“Kejadian disedari oleh abang mangsa berusia 32 tahun kira-kira 11.30 pagi semalam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya polis difahamkan ibu mangsa tiada di rumah semasa kejadian kerana menghantar anak bongsu belajar di Kuala Lumpur.

“Abang mangsa yang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dipercayai selepas menoreh badannya dengan pisau bertindak menghubungi ambulans dan polis,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya abang mangsa mendengar wanita itu memanggil namanya sebelum itu membakar diri menggunakan petrol.

"Mangsa dapat diselamatkan oleh abangnya serta dua anggota polis yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Beliau berkata mangsa disahkan mengalami masalah mental dan kali terakhir menerima rawatan di klinik psikiatri minggu lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel