6D732KWKtIU Angin kencang sukarkan operasi padam kebakaran di Gunung Baling
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Angin kencang sukarkan operasi padam kebakaran di Gunung Baling


Tarikh kemaskini: 07/02/2019





ALOR SETAR, 7 Feb (Bernama) -- Operasi memadamkan kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar di Gunung Baling, Baling berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca panas dan angin kencang.

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Mohd Jamil Mat Daud, setakat ini pihaknya hanya berupaya memadamkan kebakaran di kira-kira 10 peratus daripada kawasan terjejas.

“Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.28 petang semalam dan 14 anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak di paras ketinggian 260 meter dari aras laut itu.

"Kawasan yang terbakar merebak berikutan keadaan cuaca panas dengan angin berkelajuan 15 kilometer sejam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya operasi turut dibantu oleh lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk malim gunung?????.

Beliau berkata operasi pemadaman akan diteruskan hari ini dengan penggunaan helikopter.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun pihak bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh aktiviti pendakian, katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel