Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan dan Sultanah Kedah berangkat ke majlis santapan malam


Tarikh kemaskini: 06/02/2019




ALOR SETAR, 6 Feb (Bernama) -- Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kedah di sini malam ini.

Turut berangkat sama ke majlis santapan itu ialah Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Kerabat DiRaja lain yang turut berangkat sama ialah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Setiausaha Kerajaan  Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim turut serta menghadiri majlis santapan berkenaan.

Sultan dan Sultanah Kedah itu turut berkenan menggaul Yee Sang bersama kerabat Diraja lain dengan turut disertai Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kedah Datuk Cheng Lai Hock.

 

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel