Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga beradik maut kereta bertembung di Pasir Mas


Tarikh kemaskini: 06/02/2019





KOTA BHARU, 6 Feb (Bernama) --Tiga beradik maut selepas kenderaan mereka naiki bertembung dengan kereta dari arah bertentangan dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas di Bukit Tuku, Pasir Mas, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kakak sulung daripada enam beradik, Nurfatin Arina Mohd Asri, 23, yang memandu Perodua Myvi, maut di tempat kejadian bersama adik bongsunya, Anis Saraya, 10, yang duduk di sebelah pemandu.

Manakala adik kedua mangsa, Haifa Amira, 22, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Abdullah Mohammad Piah berkata pemandu Proton Wira, Mohd Helmi Mustafa, 21, pula cedera  parah dan tidak sedarkan diri.

"Ketiga-tiga mangsa berasal dari Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dalam perjalanan ke rumah ibu saudara mereka di Pasir Mas.

"Kejadian tersebut berlaku apabila Proton Wira dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah cuba memotong kenderaan di hadapannya namun gagal sebelum masuk ke lorong bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata pada masa yang sama, Perodua Myvi yang dinaiki tiga beradik itu berada di lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Wira yang dipandu Mohd Helmi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel