Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemuda warga Pakistan dikhuatiri lemas di Paka


Tarikh kemaskini: 06/02/2019





DUNGUN, 6 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga Pakistan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika mandi manda bersama tiga rakannya di Pantai Petak, Paka, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa, Muhammad Bilal Muhammad Akram, 24, dikatakan lemas selepas dipukul ombak besar ketika cuba mengambil bola yang hanyut ke tengah laut.

Menurut rakan mangsa, Muhammad Kassim, 30, Muhammad Bilal baru sahaja tiba dari Lahore, Pakistan empat hari lalu kerana melawat rakan-rakannya yang bekerja di sini.

"Pada awalnya, kami sudah berjaya memegang tangannya, tetapi disebabkan ombak besar tiba-tiba datang, pegangannya terlepas menyebabkan kami semua terpisah.

"Bagaimanapun, kami bertiga berjaya berenang hingga ke tepi pantai sementara Bilal tidak dapat diselamatkan. Dengan pertolongan orang awam kami terus membuat laporan di balai polis berdekatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun DSP Baharudin Abdullah berkata, 20 anggota termasuk pasukan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat dalam gerakan mencari dan menyelamat (SAR)  mangsa.

Beliau berkata, disebabkan keadaan ombak yang kuat,  pasukan SAR terpaksa menggunakan kaedah pencarian di pesisir pantai di lingkungan satu kilometer di kiri dan kanan lokasi kejadian.

"Sehingga 7 malam, mangsa masih belum ditemui," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel