Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota tentera maut, abang cedera dalam kemalangan di Tapah


Tarikh kemaskini: 06/02/2019





IPOH, 6 Feb (Bernama) -- Seorang anggota tentera maut manakala abangnya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang di KM 319.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Tapah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata Laskar Udara 1, Mohd Amin Zulkeflee, 22 mati di tempat kejadian sementara abangnya Laskar Udara 2 Mohd Saifullah Shafaiz Zulkeflee, 25 cedera di bahagian muka.

Kedua-dua mereka berkhidmat di Markas Tentera Udara, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Wan Azharuddin berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam kira-kira pukul 5.40 petang bahawa sebuah Proton Saga SLX berwarna hitam yang dinaiki kedua-dua anggota tentera itu terbabas ke dalam longkang di lebuh raya berkenaan.

“Kedua-dua mereka dalam perjalanan ke arah Kuala Lumpur tetapi apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Mohd Amin hilang kawalan dipercayai berpusing sebelum terbalik di sebelah kiri lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata abang Mohd Amin duduk di sebelah pemandu ketika kemalangan berlaku. Dia yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan kes disiasat  mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel