Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembantu rumah bot Tasik Kenyir dijumpai selamat


Tarikh kemaskini: 06/02/2019




KUALA TERENGGANU, 6 Feb (Bernama) -- Pembantu rumah bot yang dikhuatiri hilang selepas melarikan diri ke kawasan air terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, petang semalam dijumpai selamat pada pukul 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Mohamad Nadiy Sauti, 22, ditemui oleh pasukan penyelamat dan anggota keluarga kira-kira 200 meter dari pondok awam taman rekreasi itu.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan sihat tetapi lemah dan diberi rawatan awal oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa yang berasal dari Kampung Temir, Kuala Berang dikatakan mengelar tangannya sebelum melarikan diri ke dalam hutan.

Difahamkan mangsa bertindak sedemikian kerana mempunyai masalah berkaitan dadah dan berselisih faham dengan isterinya di mana isteri dan anak lelakinya yang berumur setahun telah pulang ke Keningau, Sabah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel