Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 40,000 pelancong pilih khidmat feri Kuala Perlis ke Langkawi


Tarikh kemaskini: 06/02/2019





KUALA PERLIS, 6 Feb (Bernama) -- Lebih 40,000 pelancong dari dalam dan luar negara memilih  menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis untuk bercuti di Langkawi pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina, sejak semalam.

Terminal Feri Jabatan Laut Kuala Perlis sesak termasuk penuh dengan kenderaan yang diletakkan  merata-rata termasuk di bahu jalan berikutan tempat meletak kereta berbayar penuh. 

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pelancong tempatan datang secara rombongan dengan bas atau van selain berkenderaan sendiri.

Beberapa pelancong yang ditemui berkata mereka lebih suka ke Langkawi melalui Kuala Perlis kerana jarak perjalanan lebih dekat dan menjimatkan masa.

“Ini mungkin menyebabkan terminal tersebut lebih sibuk dan sesak pada setiap musim cuti perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas,” kata seorang pelancong dari Kuala Lumpur, Mohd Hakim Abdul Razak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Asmaiza Ahmad menasihatkan pelancong supaya menggunakan perkhidmatan disediakan dengan baik dan mengutamakan keselamatan diri dan anggota keluarga mereka.

“Walaupun Jabatan Laut membuat pengawasan termasuk dibantu kakitangan syarikat pengendali  perkhidmatan feri, orang ramai bertanggungjawab menjaga keselamatan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut meminta rakyat Perlis supaya memberi perkhidmatan terbaik dan mesra kepada pelancong demi menjaga nama baik negeri ini.

“Peniaga makanan juga hendaklah menjaga kebersihan premis perniagaan mereka, tidak mengenakan harga perkhidmatan keterlaluan manakala pengendali tempat parkir harus menjamin keselamatan kenderaan pelanggan mereka,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel