Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembantu rumah bot Tasik Kenyir kelar tangan dan lari dalam hutan


Tarikh kemaskini: 06/02/2019





KUALA TERENGGANU, 6 Feb (Bernama) -- Seorang pembantu rumah bot bertindak mengelar tangannya sebelum melarikan diri ke dalam hutan di kawasan air terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata kelakuan ganjil lelaki berusia 22 tahun itu berlaku kira-kira pukul 4.00 petang semalam ketika rumah bot itu berhenti di kawasan rekreasi itu.

Sehingga kini lelaki yang berasal dari Kampung Temir, Kuala Berang itu belum dijumpai meskipun usaha mencari dilakukan oleh rakan-rakannya sejak semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh pihak berkuasa bermula pagi ini dengan penglibatan 23 pegawai dan anggota iaitu polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Marin Tasik Kenyir di samping empat bot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat awal mendapati mangsa mempunyai masalah berkaitan dadah dan berselisih faham dengan isteri yang dipercayai mendorong beliau berkelakuan seperti itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel