Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Segera pulihkan keyakinan rakyat - Lee Chean Chung


Tarikh kemaskini: 06/02/2019





KUANTAN, 6 Feb (Bernama) -- Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil langkah segera  bagi memulihkan keyakinan rakyat, kata Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung. 

Lee juga berkata, isu itu tidak seharusnya dipandang ringan sebaliknya memerlukan penyelesaian supaya ia tidak bertambah teruk. 

"Kita perlu pandang serius terhadap semua isyarat yang diberikan (rakyat)...  mungkin ini bersifat sementara kerana mereka kecewa dengan beberapa menteri atau dasar yang tidak jelas. 

"Tapi ia perlu diatasi segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap PH," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina di rumahnya di sini, hari ini.

Lee manambah PH juga perlu memberi tumpuan kepada aspek ekonomi iaitu pengagihan dan perkembangan ekonomi memandangkan rakyat semakin dibebani dengan peningkatan kos sara hidup. 

Walaupun kerajaan sudah memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun keresahan rakyat dalam isu ekonomi yang berlaku sejak awal tahun lepas masih dirasai. 

"... oleh itu kerajaan perlu mencari mekanisme lain dan menyediakan dasar ekonomi menyeluruh untuk mengatasi masalah ini," katanya. 

Beliau seterusnya berharap rakyat Malaysia bersikap lebih matang dan mempunyai keyakinan diri yang lebih baik dalam berhadapan dengan 'isu sensitif yang tular sebagai unsur lawak'. 

Beliau, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, merujuk kepada penularan mesej Tahun Baharu Cina yang dijadikan jenaka memandangkan tahun ini adalah tahun babi. 

"Ada yang membuat lawak mengenai tahun babi yang kemudiannya dikongsi oleh orang lain tetapi kematangan rakyat adalah perkara penting dan perlu diamalkan untuk menjaga silaturahim dan keharmonian sesama kita," katanya. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel