fEj9pSowFck ’Spiderman’ bantu abangnya jual burger
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

’Spiderman’ bantu abangnya jual burger


Tarikh kemaskini: 05/02/2019




BESUT, 5 Feb (Bernama) – Jika di Kelantan Viral dengan watak adiwira ‘Avenger’ berniaga minuman ‘tea peng’ (tea ais) berbeza pula di Kampung Raja apabila adiwira ‘Spiderman’ berniaga burger berwarna-warni sehingga menjadi tarikan setiap pengguna jalan raya yang melalui laluan Kampung Raja ke Kota Putera.

Fakhrul Fahmie Ishak, 18, berkata beliau berbesar hati dapat menggayakan kostum adiwira spiderman yang telah sekian lama menjadi watak kegemaran ramai tanpa mengira peringkat umur, dan beliau melihat penggunaan kostum tersebut dapat meningkatkan jumlah jualan burger yang dijual abangnya Ahmad Ridhuan Ishak, 22, dan rakan mereka Muhammad Syukri Hakim Yacoob, 21.

“Pada awalnya saya rasa malu memakai kostum spiderman sebab menjadi tumpuan orang ramai yang lalu-lalang dekat sini, namun perasaan itu bertukar teruja apabila perniagaan yang diusahakan abang saya dan Syukri bertambah baik apabila ramai pelanggan datang ke gerai burger kami untuk melihat dan mencuba keistimewaan burger disini disamping berswa foto bersama saya.

“Kadang kala kenderaan yang lalu dan melepasi kami pun bertindak berpatah kembali bila melihat saya duduk di tepi jalan dan melambai-lambai mereka. Ada dikalangan pengguna jalan raya akan berhenti seketika untuk anak-anak mereka berswa foto dan ketika itu saya mengambil peluang untuk mempromosikan Square Burger Spiderman kami,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Kampung Raja di sini.

Menurut anak bongsu dari lapan beradik itu sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau ingin membantu abangnya dan mengumpul sedikit simpanan untuk menyambung pelajaran pada masa hadapan.

Menurut abangnya Ridhuan, idea untuk menggunakan kostum adiwira itu merupakan idea spontan beliau bersama rakan karibnya Syukri dan bertindak membelinya secara atas talian dengan harga hampir RM100 pada awal Dis tahun lalu sebelum memulakan perniagaan mereka akhir bulan itu.

“Seperti yang diketahui umumnya perniagaan burger ini kita dapat jumpa dimana-mana disebabkan itu kami perlu menggunakan strategi perniagaan yang kreatif bagi memastikan burger kami berbeza dengan burger-burger yang biasa dijual di tempat lain.

“Memandangkan agak sukar untuk saya dan Syukri memakai kostum tersebut sambil memasak, kami meminta Fakrul untuk menggayakan kostum itu dan menarik pelanggan ke gerai burger kami dan Fakrul dengan senang hati menyambut cadangan tersebut,”katanya.

Tambah beliau lagi selain kostum tersebut beliau turut membuat kelainan pada burger jualannya dengan menggunakan gabungan roti berwarna-warni dan daging burger berbentuk segi empat. 

Daripada strategi pemasaran yang dilakukan tersebut beliau mampu menjual lebih 100 biji burger sehari dengan harga serendah RM2.50 sehingga RM10.50 mengikut pelbagai jenis burger yang diinginkan pelanggan.

Ridhuan berkata perniagaan yang dikongsi bersama sahabat karibnya itu mampu meraih pendapatan sebanyak RM400 sehari berbanding sebelum ini mereka mengambil upah berniaga burger di Pasir Puteh dengan bayaran RM50 hingga RM70 satu malam.

Menurut Ridhuan, dia telah lama bercita-cita untuk membuka gerai burger sendiri setelah setahun lebih mengambil upah bekerja disebuah gerai burger di Pasir Puteh, Kelantan, sebelum mengambil keputusan membuka gerai burger di Kampung Raja dengan berkongsi modal  bersama Syukri.

Sementara itu Syukri berkata walaupun gerai yang dibuka agak kecil tetapi mereka berniaga dengan gembira disamping dapat menjalankan perniagaan mengikut masa mereka sendiri dan pulang lebih awal sekiranya stok jualan mereka habis awal.

“Kami memulakan perniagaan seawal jam 5 petang selepas waktu asar dan menutup gerai pada jam 1 pagi. Sebelum ini ketika berkerja dibawah orang kami akan memulakan kerja seawal pukul 4 petang  balik pada pukul 4 atau 5 pagi.

“Bila berniaga bersama Ridhuan ini semuanya lebih mudah dan teratur, yang mana setiap hari kami akan turun daripada rumah masing-masing dari Kampung Padang Pak Ahmad, Pasir Puteh kira-kira pada pukul 3 petang dan mula berniaga pukul 5 petang selepas membuat persiapan berniaga,” katanya.

 

--- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel