Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang maut, tiga cedera dalam kemalangan di Pekan


Tarikh kemaskini: 04/02/2019





PEKAN, 4 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin pagi tadi.

??????????????Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian pada jam 11.55 pagi itu mangsa yang maut ialah peneroka Felda Chini, di sini yang juga pemandu kereta Perodua Kancil, Mat Amin Abdullah, 78.

Sementara mangsa yang cedera pula isteri Mat Amin, Faridah Ali Hussein, 61; pemandu kereta Perodua Bezza Wan Nurul Hanifah Wan Hibadullah, 27, yang beralamat di Felda di Bukit Sagu, Kuantan dan suaminya Muhammad Fadzil Hashim, 30, beralamat di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru.???????

???????"Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Wan Nurul Hanifah yang ketika itu dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kuantan telah terbabas masuk ke laluan yang bertentangan dan telah melanggar bahagian sisi kanan kereta Perodua Kancil yang dipandu Mat Amin yang datang dari arah Kuantan ke Sungai Miang.

“Akibat kemalangan itu kereta Perodua Kancil berkenaan remuk di keseluruhan bahagian tepi sebelah hadapan dan bahagian pemandu selain cermin hadapan pecah yang menyebabkan warga emas berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospitan Pekan untuk dibedah siasat dan kesemua mangsa yang cedera juga telah dibawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Amran berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel