Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki berjubah antara empat didapati positif dadah dalam ops motosikal JPJ


Tarikh kemaskini: 04/02/2019





KOTA BHARU, 4 Feb (Bernama) – Seorang lelaki berjubah berusia 30-an antara empat didapati positif dadah dalam Ops Motosikal 2019 menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di sini, semalam.

Timbalan Pengarah JPJ negeri Mohd Apandi Jusoh berkata keempat-empat pengguna jalan raya berusia di antara 19 hingga 40 tahun terbabit ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“Penyamaran memakai jubah ini mungkin salah satu taktik untuk mengaburi pihak berkuasa, kononnya pihak kami akan bersangka baik dari segi penampilannya,” katanya kepada pemberita dalam Ops Motosikal 2019 di hadapan JPJ Panji di sini, malam tadi.

“Dalam operasi ini juga kita turut menjumpai satu set peralatan menghisap syabu dan semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983,” katanya.

Mohd Apandi berkata, operasi tersebut melibatkan 17 anggota JPJ, lapan anggota AADK Cawangan Kota Bharu, tiga anggota Imigresen, tiga anggota Jabatan Alam Sekitar serta tiga anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Operasi yang berlangsung selama dua hari itu turut menyita 16 buah motosikal dan 157 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lesen memandu tidak sah dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh,” katanya.

“Kebanyakan saman dikeluarkan melibatkan mereka yang tidak mempunyai lesen memandu sah, di mana kita lihat ia satu senario yang tidak bagus dan menunjukkan rakyat negeri ini kurang cakna mengenai kesalahan ini.

“Ibu bapa diingatkan jangan sesekali membenarkan anak-anak mereka memandu tanpa lesen yang sah.

“Pemilik motosikal juga diminta memastikan motosikal mereka mempunyai lampu bagi mengelakkan kemalangan di waktu malam,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel