Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 1.6 tan daun ketum bersama ubat batuk dalam Op Selamat.


Tarikh kemaskini: 03/02/2019





KOTA BHARU, 3 Feb (Bernama) -- Polis berjaya merampas sejumlah 1.6 tan daun ketum dan ubat batuk bernilai RM70,100 dalam Op Selamat di Pasir Mas pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Abdullah Mohammad Piah berkata, rampasan dilakukan hasil sekatan jalan raya yang diadakan pada pukul 11.30 pagi, 31 Januari lalu di hadapan sebuah pasar raya di Pasir Mas.

Beliau berkata kesemua daun ketum bersama sejumlah ubat batuk yang dirampas dimuatkan ke dalam sebuah lori ais yang bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

"Hasil siasatan awal yang dilakukan pemandu lori berumur 32 tahun mengaku mendapat upah sebanyak RM500 bagi membawa daun ketum dan ubat batuk dari sebuah negeri di utara Semenanjung.

"Suspek berkenaan juga didapati positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan dadah," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, kesemua daun ketum dan ubat batuk berkenaan dipercayai akan dibawa ke Terengganu untuk pasaran di sana dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Kampung Pulai Chicha Tinggi, Pasir Mas, semalam polis berjaya menahan dua lelaki berusia 31 dan 62 tahun serta merampas sejumlah dadah dipercayai syabu bernilai RM2,500 dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang boleh membawa hukuman mati  mandatori.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel