Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKM lancar ruang niaga bantu OKU raih pendapatan tingkat ekonomi


Tarikh kemaskini: 03/02/2019





KOTA BHARU, 3 Feb (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berharap setiap negeri sekurang-kurangnya dapat mempunyai satu gerai jualan atau "Welcart" sebagai usaha meningkatkan ekonomi kumpulan sasar seperti Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penerima bantuan JKM.

Ketua Pengarahnya, Mohd Fazari Mohd Salleh berkata, JKM tahu golongan ini boleh menghasilkan apa sahaja barangan tetapi memerlukan sokongan dari segi pemasaran.

"Sebagai permulaan di negeri ini kita mengadakan kerjasama dengan pasaraya Tesco dengan menyediakan satu kiosk di dalam pasaraya bertujuan untuk memasarkan produk OKU.

"Selain itu , kita juga turut menerima cadangan sama bagi pasaraya Tesco di Klang, Selangor dan Sungai Petani, Kedah dalam usaha membantu golongan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadanan (KPKMD) Welcart  di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perancangan dan Pembangunan JKM, Wan Noraidah Wan Mohd Zain, Pengarah JKM Kelantan, Said Sidup, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan, Amran Abdul Kadir dan Pengurus Besar Pasaraya Tesco (Malaysia) Kota Bharu, Koh Siuew Luan. 

Mohd Fazari berkata JKM memang sentiasa berusaha dan komited dalam usaha menaikkan taraf hidup penerima bantuan JKM dan mahu supaya mereka berupaya membantu diri sendiri sehingga dapat pula membantu orang lain.

Jelasnya di seluruh negara terdapat sebanyak 551 Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan setiap PDK itu boleh menghasilkan produk masing-masing dan boleh dipasarkan.

"Justeru itu, kita perlu memberi sokongan kepada mereka untuk memasarkan produk yang dihasilkan di samping membangunkan hasil kraf golongan ini dari segi pemasaran yang memerlukan kerjasama daripada badan korporat.

"Selain itu, program Welcart ini turut mendapat kerjasama daripada Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyediakan kepakaran dalam terapi cara kerja untuk membantu OKU," katanya.

-- BERNAMA.


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel