Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencarian nelayan hilang diperluas 


Tarikh kemaskini: 03/02/2019





GEORGE TOWN, 3 Feb (Bernama) -- Operasi mencari dua nelayan tempatan yang dikhuatiri masih hilang di perairan Kuala Muda dekat Penaga, Kepala Batas di sini diperluaskan sehingga 135 batu nautika persegi.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pulau Pinang, setakat ini kedua-dua mangsa masih  belum ditemui dan operasi diteruskan pada hari ini dengan melibatkan kekuatan jentera Kapal Maritim (KM) Tugau.

 "Bot nelayan dari Pangkalan Nelayan Kuala Muda di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan oleh Maritim Negeri Pulau Pinang di Jeti Pangkalan Nelayan Kuala Muda, Pulau Pinang dengan kekuatan empat anggota. Sektor pencarian hari ini melibatkan keluasan lebih kurang 135 batu nutika persegi, " kata APMM dalam satu kenyataan hari ini.

Dua nelayan itu dilaporkan  hilang di perairan Kuala Muda dekat Penaga, Kepala Batas di sini selepas sebuah bot fiber yang dinaiki mereka tidak pulang ke jeti sejak Jumaat.

Bot tersebut yang dikendalikan nelayan, Yashir Abd Hamid bersama seorang  awak-awak telah keluar dari Jeti Pangkalan Kuala Muda di sini kira-kira 4 petang Jumaat lalu, namun dilaporkan tidak pulang sehingga kini.

 Sejurus aduan kehilangan diterima, Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel