Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas maut ditikam di dada dalam pergaduhan


Tarikh kemaskini: 02/02/2019





IPOH, 2 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di sebuah bangunan tiga tingkat di Jalan Theatre di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak ACP Anuar Othman berkata polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan itu pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara warga emas itu dengan seorang lelaki berumur 30-an yang tinggal berhampiran dengen kediamannya, yang membawa kepada tindakan lelaki itu menikam dada warga emas berkenaan.

Beliau berkata semasa kejadian seorang wanita yang tinggal berhampiran dengan kedua-duanya dikatakan cuba meleraikan pergaduhan, namun dia sebaliknya dicekik oleh lelaki berkenaan.

“Anak lelaki kepada wanita itu pula semasa cuba menyelamatkan ibunya, bertindak menetak lelaki itu dengan senjata tajam sehingga mengakibatkan lelaki itu cedera parah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Anuar berkata lelaki yang cedera parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan lanjut, manakala mayat warga emas itu dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

???????Katanya siasatan awal mendapati warga emas itu menyewa bilik di bangunan berkenaan sejak 20 tahun manakala lelaki itu baharu enam bulan menyewa.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel