Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peralatan ketinggalan zaman antara masalah agensi bawah KKMM - Eddin Syazlee


Tarikh kemaskini: 02/02/2019





LANGKAWI, 2 Feb (Bernama) -- Peralatan ketinggalan zaman adalah antara cabaran yang dihadapi oleh agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Perlis, Kedah serta Langkawi dan perkara tersebut akan dibawa ke pengetahuan menteri, kata Timbalan Menteri berkenan  Eddin Syazlee Shith. 

Katanya semua permasalahan itu perlu diteliti termasuk menimbang memperbaharui kemudahan bagi membolehkan agensi-agensi berkenaan mendepani era digital dengan lebih baik.

"Antara perkara dikenal pasti ialah peralatan yang sudah ‘outdated’, kemudahan sudah agak ketinggalan dan perlu diperbaharui.

“Ini adalah antara perkara yang kita akan teliti sebab jika mahu kepantasan dalam era digital ini, kita perlu buat penambahbaikan dari segi peralatan," katanya kepada pemberita pada program ramah mesra bersama agensi KKMM di Jabatan Penyiaran Langkawi, di sini hari ini.

Untuk rekod, Eddin Syazlee telah melawat serta mendengar taklimat daripada ketua-ketua jabatan agensi KKMM di Perlis dan Kedah semalam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel