Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki ditahan miliki heroin di Pendang


Tarikh kemaskini: 02/02/2019





PENDANG, 2 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki ditahan bersama dadah dipercayai jenis heroin seberat 23.2 gram yang dianggar bernilai lebih RM600 di Kampung Bendang Raja di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.15 malam di sebatang jalan di kampung tersebut selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis telah mendekati suspek dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan lelaki tersebut bertindak melarikan diri bagaimanapun dia berjaya ditangkap.

"Pemeriksaan terhadap suspek dan beg silang yang dibawanyanya menemukan tiga peket plastik lut sinar berisi dadah heroin seberat 23.2 gram, alat penimbang digital, gunting dan lima peket plastik kosong dipercayai digunakan untuk pembungkusan dadah," katanya  dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur dihantar dan ditinggalkan di lokasi itu oleh rakannya untuk menjual dadah kepada penagih di kawasan tersebut.

Suspek yang didapati positif morfin disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya menambah suspek .juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel