Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suami isteri maut, dua anak cedera kereta langgar pokok


Tarikh kemaskini: 02/02/2019





KANGAR, 2 Feb (Bernama) -- Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera selepas kereta yang dipandu anak lelaki pasangan itu, terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di KM17, Jalan Alor Setar-Kangar berhampiran sempadan Kedah-Perlis awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4.55 pagi itu, mangsa Ibrahim Mustaffa, dan Zaiton Saleh, masing-masing 60, maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan tersebut. 

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata pemandu dikenali sebagai Mohd Noor Iman Ibrahim, 22, cedera ringan manakala adiknya, Nor Ayu Nadia, 16, patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

“Mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar, menuju ke Kuala Perlis sebelum kereta yang dipandu Mohd Noor Iman dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan merempuh sebatang pokok,” katanya ketika dihubungi. 

 Mangsa yang maut telah dihantar ke HTF untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel