Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DBKK perlu kaji prosedur, kurangkan kerenah birokrasi - Datuk Bandar


Tarikh kemaskini: 02/02/2019





KOTA KINABALU, 2 Feb (Bernama) -- Prosedur Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) harus dikaji dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kerenah birokrasi, kata Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Nordin Seman.

Menurut beliau ia sejajar dengan komitmen DBKK untuk mengutamakan harapan  dan maklum balas pelanggan.

Katanya harapan masyarakat setempat harus dipenuhi dan setiap aduan harus ditangani segera, setidak-tidaknya pengadu harus dimaklumkan tentang perkembangan permasalahan yang dibangkitkan.

Justeru, tahap keberkesanan organisasi haruslah pada tahap maksimum dan tidak ada pembaziran serta kesilapan, katanya pada upacara menaikkan bendera bersempena ulang tahun ke-19 bandar raya Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nordin berkata dalam tempoh 19 tahun Kota Kinabalu menjadi bandar raya terdapat perubahan ketara dari segi pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kebersihan.

Katanya aspek tersebut akan terus diberi perhatian khususnya membaiki infrastruktur dan peluang ekonomi untuk kesejahteraan penduduk di bandar raya ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel