Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kota Kinabalu tahan 59 individu bersabit dadah


Tarikh kemaskini: 02/02/2019





KOTA KINABALU, 2 Feb (Bernama) -- Polis Kota Kinabalu menahan 59 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar Telipok dan Sembulan  dalam tempoh seminggu bermula 26 Jan lalu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata suspek berusia 17 hingga 55 tahun terbabit turut merangkumi 29 warga asing.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 16 individu memiliki dadah dan 43 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan," katanya.

Menurutnya polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3,250.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di bandar raya ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel