Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

FAMA rancang Bazar Peduli Rakyat di 60 lokasi di P. Pinang


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





BUKIT MERTAJAM, 1 Feb (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk menganjurkan Bazar Peduli Rakyat di 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selain memperluaskannya ke seluruh negara.

Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak RM16 juta daripada program Bazar Peduli Rakyat di Pulau Pinang yang akan diadakan secara bulanan terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata pihak menyasarkan sejuta orang mengunjungi bazar tersebut pada tahun ini.

”Barang-barang mentah akan dibawa terus dari ladang dan tempat pendaratan ikan bagi memastikan kesegarannya dan harganya lima sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga barang di pasaran," katanya selepas merasmikan Bazar Peduli Rakyat di Permatang Pasir di sini, hari ini.

Katanya FAMA akan menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan beberapa agensi lain untuk menganjurkan bazar itu di seluruh negara supaya dapat memberikan impak yang tinggi kepada rakyat.

Beliau berkata peladang atau peniaga kecil yang ingin menyertai program Bazar Peduli  Rakyat dan mampu menjual hasil dengan harga yang lebih berpatutan boleh berdaftar di pejabat FAMA berdekatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel