Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops Tahun Baru Cina, JPJ Sabah guna kereta, motosikal peronda dilengkapi kamera


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





KOTA KINABALU, 1 Feb (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menggunakan kereta dan motosikal peronda dilengkapi ‘dashboard camera’ dan ‘GoPro’ untuk merakam kesalahan lalu lintas sepanjang pelaksanaan Operasi Tahun Baru Cina di negeri ini.???????

Pengarahnya, Sadim Abdul berkata penggunaan teknologi kamera itu bagi memastikan pemandu kenderaan lebih berhati-hati mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya dan dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.???????

??????????????Katanya anggota penguatkuasa JPJ membuat rondaan jam 8 pagi hingga 12 malam iaitu 16 jam sehari dan dipertingkatkan kepada 24 jam pada dua hari musim perayaan Tahun Baru Cina.???????

???????"Kali ini kita tidak berkompromi dengan pesalah lalu lintas kerana kita sudah mengingatkan pemilik kenderaan mematuhi setiap peraturan lalu lintas," katanya ketika menyertai Operasi Tahun Baru Cina di Terminal Bas Inanam di sini, hari ini.???????

Beliau berkata JPJ Sabah juga membekukan semua cuti pegawai dan anggota di Bahagian Penguatkuasaan sepanjang operasi tersebut yang dilaksanakan sejak Sabtu lepas hingga 12 Feb ini.

Sadim berkata JPJ Sabah juga membuka Bilik Kawalan untuk memantau pelaksanaan operasi itu dan menerima aduan orang ramai yang boleh disalurkan menerusi email dialamat (aduantrafik@jpj.gov.my) dan WhatsApp di nombor 011-5115252.

Dalam pada itu, sejak operasi itu dilaksanakan Sabtu lepas hingga hari ini, JPJ Sabah telah mengeluarkan 792 saman dan 414 notis kepada pemandu atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel