Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperasi Pembangunan Desa lancar Yogurt Susu Kambing


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





KOTA KINABALU, 1 Feb (Bernama) -- Dalam usaha meningkatkan industri hiliran, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) malam ini melancarkan produk baharu iaitu Yogurt Susu Kambing.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong berkata yogurt itu mempunyai dua perasa iaitu strawberi dan mangga.????

"Saya yakin pelancaran produk ini adalah hasil usaha berterusan KPD untuk mengeluarkan produk hiliran sesuai keperluan pasaran," katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam KPD di Dewan Hakka, malam ini.

Beliau berkata yogurt seberat 250 ml itu akan dipasarkan di pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Dalam pada itu, Wong berkata pembungkusan produk hiliran juga perlu ditambahbaik untuk menarik lebih ramai pengguna mendapatkan produk tempatan.

"Oleh itu, kerjasama dengan SIRIM adalah perlu bagi menjayakan usaha berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     

Kadar perceraian di Selangor menurun sejak 2016 - Ketua Hakim Syarie Negeri

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel