Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pendedahan awal berhubung keselamatan kebakaran penting di musim perayaan


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





KOTA KINABALU, 1 Feb (Bernama) -- Pendedahan awal berhubung keselamatan kebakaran di kediaman dan premis awam  penting bagi memastikan tiada sebarang kejadian kebakaran pada perayaan Tahun Baharu Cina ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menganjurkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran bagi memberi pendidikan kepada orang ramai sangat bertepatan sebagai persediaan menghadapi bahaya kebakaran.

“Kempen seperti ini sangat baik dan perlu disokong  terutamanya dalam usaha membentuk masyarakat mengamalkan budaya kesedaran bahaya kebakaran khususnya pada musim perayaan.

“Oleh itu saya berharap pelbagai inisiatif dan aktiviti termasuk kempen kesedaran yang dilaksanakan pihak bomba di pelbagai peringkat dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran kebakaran sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 di sini, hari ini.

Pengarah JBPM Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah, yang turut hadir dalam majlis itu berkata, antara fokus utama JBPM menerusi kempen ini adalah mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat di musim perayaan.

Beliau berkata berdasarkan rekod, JBPM Sabah mencatatkan sebanyak 26 kes kebakaran bangunan yang menjadi tumpuan awam pada 2016 dan ia menurun kepada 16 kes pada tahun 2017, namun meningkat semula kepada 31 pada tahun lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel