Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Tuaran rampas 739 tong gas petroleum cecair di Kota Belud


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





KOTA KINABALU, 1 Feb (Bernama) -- Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tuaran merampas 739 tong gas petroleum cecair (LPG) yang dimiliki tanpa lesen yang sah dalam satu serbuan di sebuah premis di Kota Belud.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tuaran Adil Naqiuddin Sharif Usman berkata 605 tong LPG 14kg, 110 tong LPG 10kg dan 24 tong LPG 50kg dengan nilai berjumlah RM131,400 dirampas dalam serbuan pada kira-kira pukul 12.25 tengah hari, 24 Jan lepas itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan untuk tujuan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 dan Peraturan 13 (1) PPKB 1974, membabitkan urus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen.

“Jika sabit kesalahan pemilik premis boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adil Naqiuddin berkata pihaknya sedang berusaha mengenal pasti syarikat yang membekalkan LPG itu kepada premis yang tidak berlesen, dan syarikat berkenaan boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 9 (2) PPKB 1974.

Menurutnya KPDNHEP akan terus aktif membuat pemeriksaan berkaitan barangan bersubsidi terutama membabitkan LPG bagi membantu kerajaan menangani ketirisan barang bersubsidi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel