Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lupakan perbezaan fahaman politik demi kemajuan kawasan - MB Perak


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





BERUAS, 1 Feb (Bernama) -- Masyarakat perlu melupakan perbezaan fahaman politik yang boleh menyebabkan berlaku persengketaan, yang sekaligus akan hanya merencatkan pembangunan di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam menyampaikan nasihat itu berkata sikap dan budaya masyarakat Melayu masa kini yang gemar berpersatuan dan berpolitik hingga bercakaran amat membimbangkan.

"Ini bukan masa kita bercakaran, kita perlu bertindak bijak apabila berlaku peralihan kuasa negara, kita masih aman tidak seperti negara lain," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dataran Beruas dan Penyampaian Geran Tanah, di sini, hari ini.

Katanya masyarakat juga perlu berubah dan menjadi rakyat yang bertanggunjawab supaya tidak terbuai dengan sikap bergantung kepada bantuan pelbagai pihak semata-mata.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel