STGz6P9KuBE Buaya dipamer Crocodile Adventureland bakal direkod MBOR
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buaya dipamer Crocodile Adventureland bakal direkod MBOR


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





LANGKAWI, 1 Feb (Bernama) -- Pengunjung Crocodile Adventureland Langkawi di Jalan Teluk Datai di sini menerima tarikan baharu apabila taman tersebut mempamerkan seekor buaya jantan gergasi berukuran lebih 15 kaki dengan berat hampir satu tan, bermula hari ini.?

Pengurus Operasi Taman Buaya Langkawi, Hasnul Yakin Mohammed berkata reptilia itu juga bakal mencipta sejarah sebagai buaya yang memiliki ukuran badan terpanjang dan terberat pernah ditempatkan dalam taman buaya di negara ini.

???????Katanya sebelum ini rekod buaya terbesar di pegang Bujang Lang yang berukuran 15 kaki 2 inci.

"Hari ini kita lancarkan produk terbaharu Taman Buaya Langkawi di mana kita pamerkan seekor buaya gergasi berukuran 15 kaki tiga inci seberat hampir satu tan. Buat masa ini, reptilia ini merupakan buaya terbesar yang pernah ditangkap di Malaysia.???????

"Untuk proses seterusnya Taman Buaya Langkawi sedang menyediakan kertas kerja berkaitan sebelum mendaftar buaya ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Hasnul berkata serentak dengan pameran buaya gergasi tersebut, pihak pengurusan melancarkan pertandingan kepada orang ramai untuk menamakan buaya tersebut.

"Pertandingan dibuka hari ini hingga Rabu depan (6 Feb), pemenang akan terima hadiah wang tunai dan juga tiket masuk ke taman buaya ini. Sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh dapatkan menerusi laman Crocodile Adventureland Langkawi," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel