Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

P.Pinang senarai hitam tiga kontraktor utama Jalan Bukit Kukus


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





GEORGE TOWN, 1 Feb (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengeluarkan arahan melarang tiga kontraktor yang terbabit dalam projek jalan berkembar Bukit Kukus di sini, daripada terbabit dalam mana-mana projek Majlis Bandaraya di masa akan datang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata arahan itu disampaikan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pemilik jalan pintas bernilai RM530 juta di Air Itam yang jadual asalnya disiapkan pada tahun 2020, namun kerja-kerjanya dihentikan sementara akibat kejadian tanah runtuh Oktober lepas.

“Exco kerajaan negeri memutuskan supaya majlis bandaraya tidak seharusnya menawarkan sebarang projek kepada syarikat berkenaan berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam persidangan media di Komtar di sini.

Walaupun beliau tidak memberikan sebarang nama secara khusus, namun difahamkan pihak yang terlibat termasuk kontraktor utama, para jurutera, dan perunding.

Katanya usaha sedang digerakkan bagi mengukuhkan lagi tapak kawasan itu, dengan kerja-kerja pembinaan jalan berkenaan akan bersambung selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Arahan berhenti kerja yang dikeluarkan oleh majlis bandaraya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan terhadap projek berkenaan ditarik balik pada 28 Jan, kira-kira tiga bulan selepas berlaku kejadian tanah runtuh yang menyebabkan sembilan pekerja maut dan tiga tercedera.

Beliau berkata laporan kumpulan peringkat tinggi yang menyiasat insiden berkenaan yang sebelum ini dirahsiakan, akan didedahkan kepada umum selepas sambutan Tabun Baru Cina.

Merujuk kepada dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang mengatakan projek itu mempunyai laporan Kesan Alam Sekitar (EIA), Chow berkata pengecualian diberikan oleh penyelaras Persekutuan.

Menurutnya oleh kerana Jalan Bukit Kukus berada di bawah Kategori U3, Jabatan Alam Sekitar mengenepikah keperluan untuk laporan EIA,” tambahnya.

Sementara itu Datuk Bandar MBPP Yew Tung Seang berkata kontraktor utama projek itu sudahpun membayar pampasan kepada mangsa sebagaimana yang ditetapkan mengikut Akta Pampasan Pekerja 1952, dan dengan kerjasama AirAsia, mayat sembilan pekerja yang maut insiden itu sudah di hantar ke negara asal mereka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel